09 September 2015

Perjalanan membina kerjaya: MoF ke MoF??

Holla...
kalau entry sebelum ni "LPNM ke LPNM??" , kali ni iolls nak menulis tentang "MoF ke MoF??"

Klik Sini untuk entry "LPNM ke LPNM??"

alkisah bermula masa sedar diri kontrak dengan LPNM da nak habis..
Google cari kerja kosong, nampak la iklan jawatan bla..bla..bla kat MoF ni..
Tapi masa tuh baru perasan, eh, da tarikh tutup..
Fikir punya fikir, takpe la,, hantar je la borang tuh.. kalau ada rezeki, mereka terima la.. huhu..

A week after..
ding dong..! email masuk..
Temuduga Jawatan bla..bla..bla.. di MoF..

Klik Sini untuk detik-detik menerima panggilan temuduga.

Klik Sini untuk cerita sepanjang temuduga

Tiga minggu selepas temuduga..
Kring..kkringg..
"Cik Atiqah berjaya temuduga. Lapor diri pada 10 Ogos 2015"
OMG.. betul ke ni.. mampu ke nak berhijrah jauh ni..
So nekad la pergi..

Klik Sini untuk detik-detik perjalanan pergi

10 OGOS 2015

Bermula lah kisah antara kau dan aku.. cehhh..
Secara overall, kerja disini sangat awesome hokey..
Tapi biasa lah, ada part kita tak berapa suka kan...
Meh jengah ape yang tak best.

TAK BEST @ MoF

  1. Jauh dari rumah.. huwaaaaa.. iollss anak makkkk.. duduk jauh dari family je, mula la melalak.. rinduuuuu...awal-awal haritu memang melalak.. sekarang dah ok.. lepas dapat balik jb haritu.. hehe..
  2. Hidup berdikari.. Kat sini, makan cari sendiri, hiburan cari sendiri, sakit ubat sendiri.. takde orang care dah.. huhu.. hari first kerja, bole pulak tayar pancit.. mujur ada bff dekat.. dia la yang tolong.. huhu.. alhamdulillah.. thanxx Fakhrull!
Tu je kot yang tak best.. hahaha.. 


Secara keseluruhannya, kerja MoF memang awesome.. walaupun waktu ER ni kena balik lewat malam, kena kerja sabtu ahad, cuti dibekukan, raya haji kena kerja, but still, enjoyyy..!
alhamdulillah la setakat ni tak rasa susah atau terbeban lagi.. 


Perjalanan membina kerjaya: Temuduga di MoF

woott..woottt..
haa,, buat pe teww?
meh ler jengah planet kiteww..

Alkisah rentetan dari kisah iolls submit borang permohonan kerja selepas tarikh tutup tu,
alhamdulillah dipanggil temuduga..
Temuduga ni pada 13 Julai..
Panel 3 orang.. (SUB+TSUB fiskal+TSUB makro)

Lepas urusan pendaftaran tuh semua, kami diberi assignment bertajuk
"Saya Zahra"
Kami diminta menulis karangan 2 muka surat untuk komen segala isi kandungan video "saya Zahra"
Lepas siap menulis, turn interview iolls yang ketiga..
Masuk tuh, Sub tanya khabar dan suruh perkenalkan diri.

Nama saya bla.bla.bla.. Saya bla..bla..bla..
Lepas tuh terdiam tak tahu nak cakap ape.. hehe..
TSUB fiskal pun tanya tentang study..
so iolls bercerita tentang final project..
Factors affecting farmers' income in pineapple industry.

dah masuk cerita nanas ni, berkait la pengalaman bekerja di LPNM..
lepas tuh TSUB makro tanya production nanas dengan harga nanas..
iolls tersalah bagi figure.. lepas die kira-kira, mula la nak provok iolls..
cuak giler wehh..

di hujung sesi tu, rasa sebak bila depa tanya tentang kerja lebih masa..
sebab iolls teringat kerja LPNM, macam-macam cabaran rasa..
tak tidur 2 malam sebab siapkan data nanas.. huhu..

Lepas habis sesi, iolls terus dapatkan confirmation production nanas dari bos..
disebabkan takut, maka iolls pun buat nota kecik untuk diserahkan kepada panel interview..
semua calon lain tercengang sebab soalan iolls semua tak membantu mereka.. hehe..
nak buat camne, panel banyak tanya soalan tentang pengalaman..

ni la pengalaman interview yang paling awesome iolls rasa..
masa interview pegawai ehwal ekonomi kat lembaga nanas haritu, takde la mcam ni,,
sebab iolls kan kalau bole tak nak kerja situ.. hehe..
so memang iolls blurr pon masa interview tuh..
interview di MoF baru iolls perform betul-betul,,
sebab iolls memang nak kerja ni..
Nak seribu daya, taknak seribu dalih kan..?


Perjalanan membina kerjaya: 5 sebab kenapa aku mesti kerja di Johor

ho..ho..ho..
entry kali ni pendek je..
5 sebab kenapa aku mesti kerja di johor..
di negeri tempat tumpah darahku...
di negeri yang makayah aku duduk.



  1. Aku nak duduk dengan mak ayah sebab, mak ayah da tak berapa sihat. Mak jalan pun terhincut-hincut.. kesian kita tengok.. ayah pulak dengan penyakit kencing manis.. hurmm..
  2. Duduk dengan mak ayah jimat kos sewa rumah.. sekarang kos hidup tinggi.. so kos sewa rumah tu bole tarik jadi pelaburan untuk kesihatan seisi keluarga.. bole beli supplement dan sebagainya.
  3. Bekerja di Johor jimat kos travel.. tak perlu spend untuk kos minyak, tambang, tol dan sebagainya untuk balik jengah mak ayah atau musim raya.
  4. Aku anak jati Johor.. of course nak berbakti kepada bangsa Johor.
  5. Johor itu Awesome..! tempat aku membesar.. kita tahu dah kat mana nak beli makanan, beli baju, beli kasut.. sebab kita familiar dengannya.. hehe..

Sekian, Luahan hati dengan entry pendek.

Perjalanan membina kerjaya: road to Putrajaya

ehem..ehem...
assalamualaikum..
entry kali ni, nak story tentang perjalanan ke Putrajaya..

decide dengan mak ayah nak gerak Putrajaya on 6 august @3.30pm lepas amek Cin balik kerja.
So sebelum gerak, aku nak pergi settlekan cop pengesahan sijil skali dengan lunch with kesayangan..
keluar rumah pukul 11 pi jumpa mak... mintak cop smua.. odw nak pi pejabat pos, ntah macam mana, bole pulak terlanggar kereta sorang pakcik ni..

Masa tuh, memang rasa macam nak nangis..
first time kot langgar kereta orang.. serius memang tak nampak..
mula tu pakcik tuh memang nak marah.. tapi iolss cepat-cepat minta maaf dan kata akan ganti.
Pakcik tu ajak pi kedai terus.. sampai kedai, tung tang tung tang.. kena RM320.. OMG..!
So memang nak amek duit dari kesayangan, terus pergi ofis dia, dan guna duit tu untuk bayar kereta pakcik tadi..



Ayah tak marah, tapi diam seribu bahasa..
lepas tuh iolls settlekan cop akuan sumpah dengan ayah..
balik tuh, tak makan sebab dah takut dengan ayah..
Mak gorengkan telur, masak nasi bawa bekal..

Kami gerak ke Putrajaya pukul 4.30pm..
dengan keadaan lampu kereta pecah sebelah sebab langgar kereta orang.. huhu..
Alhamdulillah selamat sampai,.

Sampai je, terus survey rumah sewa..
area P9, kawasan flat hijau, mak ayah reject..
alasan: susah parking, sesak, dan tak selesa..
(sayang jugak mak ayah kat anak die ni..hihi)
Dan sekarang macam-macam cerita iolls dengar dari kawan yang dok flat hijau tu.
Bangla laa,, orang ketuk tingkap la,, polis laa,, mujur iolls tak duduk situ.

Lepas tu survey rumah area p11..
rumah flat jugak.. tapi tersorok sikit..
mak tak bagi sebab gelap dan tersorok,, bahaya kalau balik malam katanya..

terus gerak ke area sri kembangan..
Rumah teres 2 tingkat.. duduk dengan owner..
owner bujang, nak cari kawan.. so ok laaa..
Terus bawa masuk barang dan gerak ke rumah cousin di Bangi..

esoknya, hari jumaat, survey keadaan trafik masa pergi kerja..
alhamdulillah tak jam dan mudah nak pergi..
lepas tuh shoping barang dapo dengan adik..
then baru gerak umah makngah di Sentul..

Check in rumah hari sabtu..
sedihhh sebab kena duduk sendiri.. heheh

Sekian..penat dah jari ni berjoget.. hehehe..
sambung next entry..

08 September 2015

6 Khasiat Lemon.!



Slurppp.. ndappnyerrr..
Jumaat lepas iolls balik jb..
Mak kata jiran sebelah da kurus.. wuuuuu...
Jelesss..

iolss pun timbang la berat, eh turun skilo.. padahal hari2 kat opis makan free..
memang iolls sebat habis-habisan.. hahaha
tapi berat turun pulak.. confius..

So ape rahsia turun berat sebenarnya??
yes, lemon ni..

nah jengah 6 Khasiat Lemon..!

  1. Membantu Proses Pencernaan - Air lemon yang diminum dengan air hangat akan membantu melancarkan pencernaan. Selain itu, air lemon akan membantu memperbaiki fungsi hati, sehingga proses pencernaan makanan lebih baik dan lebih sihat. Lemon juga membantu merangsang acid yang diperlukan dalam pencernaan.
  2. Menambah Imuniti Tubuh - Buah lemon sangat tinggi kandungan vitamin C dan acid askorbat. Vitamin C dapat membantu mengurangkan selesema dan acid askorbat membantu penyerapan zat besi yang berfungsi meningkatkan imuniti tubuh.
  3. Membantu Keseimbangan pH Tubuh - Apa yang Anda makan akan mempengaruhi keseimbangan pH atau meningkatkan keasidan dalam tubuh. Ketikdakseimbangan pH dapat mengakibatkan berbagai penyakit. Mengamalkan minum air lemon dapat membantu menyeimbangkan lagi pH tubuh, terlebih lagi jika sering makan daging, keju atau minum alkohol.
  4. Membantu Detox - Air lemon bersifat diuretik secara semulajadi. Jus lemon dapat membantu tubuh mengeluarkan racun bersama dengan urin atau kotoran sisa pencernaan. Acid citrate juga dapat membantu memaksimakan enzim yang dihasilkan oleh hati.
  5. Membuat Tubuh Lebih Bertenaga - Minum kopi di pagi hari memang membuat tubuh bertenaga, namun air lemon memberikan manfaat yang lebih baik. Orang yang dah rasa air lemon pada akhirnya lebih memilih air lemon untuk membuat tubuh lebih bertenaga sepanjang hari.
  6. Membuat Kulit Tetap Cantik - Dehidrasi boleh membuat kulit kering dan kusam. Maka bantu kulit menjadi lebih cantik dengan mengamalkan air lemon secara berdisiplin. Vitamin C yang ada dalam lemon memainkan peranan penting menjaga kesihatan kulit dan berperanan sebagai antioksidan untuk mengurangi penuaan.

So ape lagi..? Jom pi bli lemon..!! hehe..