08 June 2015

Perjalanan Mencari Setitis Ilmu

Sambungan dari entry yang lepas berkenaan PRAKTIKAL..
KLIK SINI untuk mengimbas kembali..

after a year menjalani latihan industri,, boss perempuan tadi laaa yang call aku.. offer kerja sambilan.. 2 bulan katanya.. ngam-ngam lepas habis viva masa tuh.. sebab lepas viva, aku dan bff merayap keluar.. tengok movie dan makan-makan.. masa tu kami betul-betul nak lepaskan stress.. masa tengah shopping tu la boss call offer kerja sambilan.. hokey rezeki jangan tolak.. terima je.. mana tahu ada pengalaman baru.. and yes, memang banyak pengalaman baru.. sekarang sila enjoy cerita pengalaman selepas praktikal.. bukan enjot cerita, tapi kutip pengajaran dalam cerita.. hehe


di entry yang lepas, aku pesan, sentiasa bersyukur.. walaupun dapat tempat praktikal yang tak ohsem.. ambil peluang nak belajar benda baru masa tu.. walaupun tugas kau cuma photostate, bersyukurlah sebab tak semua orang pandai guna mesen photostate.. hahahaha.. ehh, serius ni.. bersyukur laa.. so mula kerja sebagai pekerja sambilan, memang buat hidup aku disaster..!! 4 bulan pertama banyak menangis.. kena marah jangan cakap laa.. memang beratus kali.. boss perempuan, paham-paham je la level cerewet dia.. faham-faham laa level perfection dia.. memang semua benda nak perfect.. so masa tuh, memang aku rasa, ya Allah, ujian apakah ini.. aku zero pengetahuan pasal pertanian, nanas, baja, racun.. bukan bidang aku.. kalau suruh aku mengira, insyaAllah aku tahu,, heheheh..


tapi sabar itu indah.. Semalam, genap 11 bulan aku kerja kat sini.. dan aku tak tahu la jampi apa yang bos aku tu guna sampai aku dapat bertahan hingga ke hari ini..hahaha.. disebabkan bos aku ni suka suruh aku berinteraksi dengan orang, sekarang aku dah improve sikit skill bercakap.. hahaha.. dulu aku takut gilerr nak bercakap dengan orang.. nak suruh bercakap dengan level-level bos?? memang tak lahhh..! tapi bos aku ni asyikkkk suruh aku call orang sana sini.. siap ajar macam mana nak cakap, intonasi suara dan sebagainya.. thanx for that.. harini aku da boleh bercakap dalam telefon.. mungkin lepas ni kena belajar bercakap face to face.. hehehe..


pernah satu ketika, bila aku dah tak tahan sangat kerja kat sini, dah muak dengan kerja-kerja aku, dah letih kena marah dan sebagainya, aku betul-betul rasa nak quit.. tapi sila ingat.. Allah tak kan uji melebihi kemampuan hambaNya.. dan Allah akan permudahkan urusan kita bila kita permudahkan urusan orang lain.. so aku tarik balik niat nak cabut berhenti kerja tu.. kesian boss aku takde helper nanti.. sampai la penghujung kisah, bila aku dah betul-betul letih, masa tu nekad habiskan kerja last untuk report banci boss aku dan hidup bersenang lenang kat rumah.. and i really do that.. aku siapkan data banci yang final, pastu kontrak keje habis 30/4/2015.. start bulan mei, aku dok rumah jadi surirumah sepenuh masa..


so masa proses nak habiskan sisa-sisa kerja, nak copy file pada bos aku, berlaku laa 1 konflik kat situ.. masalah pada data.. macam aku cakap tadi, aku tak ada pengalaman dalam bidang ni.. so pengalaman aku ialah sepanjang beberapa bulan kerja sambilan ni je.. tapi masa tu bos aku marah aku seolah-olah aku ni memang expert bidang pertanian.. isunya, aku mana lah tahu bantuan nanas tu 14k benih.. so kalau pekebun kata kepadatan 10k, aku rekod la 10k.. dan aku mana lah tahu 1 ekar tu wajib keluar hasil melebihi 12tan.. serius aku tak tahu. dan bos aku kata pekebun isi data tipu.. so aku kena semak.. aku mana lah tahu pekebun tipu, kalau aku tahu, dan aku ubah data ikut logik, rasa macam menipu.. so masa tu bertekak la dengan boss.. bukan aku nak melawan.. cuma aku rasa tak adil kalau dia marah aku sebab aku tak tahu.. so bos aku ni memang allergic bila orang lawan cakap dia.. dia rasa aku tinggi suara kat dia.. actually aku bagi ayat penegasan je.. ehh, macam buat karangan pulak ada ayat penegasan.. (sejak-sejak nak jadi cikgu bahasa ni kan.. :p )
tapi untuk kes-kes macam ni, ada 2 option je yang korang boleh pilih.. sama ada kau blahh terus tinggalkan kerja kau atau kau telannnn semua yang boskan hamburkan.. so aku pilih dua2 telan dan blah.. hahaha..


aku menganggur dalam 3 minggu.. lepas tu dapat interview, process planner.. pun bukan bidang aku.. tapi mereka offer aku untuk belajar benda baru.. tapi atas beberapa konflik dalaman, aku tak pergi pun kerja kat situ.. then aku sambung kontrak lagi dengan tempat lama.. masa tu nekad, walau ape pun yang jadi, banyakkan istighfar..sabar dan kutip seberapa banyak ilmu kat situ.. nekad nak pekak kan telinga dengan cakap-cakap orang kat situ.. so sekarang aku masih lagi kerja sambilan kat tempat PRAKTIKAL aku.. so siapa kata praktikal salah tempat, tak mendatangkan apa-apa benefit??


ok sambung.. boss aku ni jugak, dah macam kakak laa.. suka ajak aku keluar.. pi tengok wayang laa,, pi karok laa,, pi makan laa.. mungkin sebab tu jugak kot aku masih bertahan kat sini.. sebab aku rasa dia baik sebenarnya.. cuma kadang-kadang dia tak paham aku dan dia bossy.. tapi boss semua memang macam tuhh.. tak kira kat mana pun.. boss kan.. mesti la kena bossy.. hehe.. takpe abaikan.. kita kan kerja sebab nak tambah ilmu dan pengalaman..

kesimpulan dari kisah perjalanan aku dalam mencari setitis ilmu ni,
PERTAMA, sentiasa bersyukur.. walau apa pun dugaan, cabaran, masalah yang datang, bersyukurlah.. at least kau belajar sesuatu..
KEDUA, ambil peluang untuk improve diri.. kalau bos kau arah kau buat macam-macam kerja, jangan merungut.. percayalah lepas tuh kau akan dapat banyak ilmu baru..
KETIGA, sila percaya, what you give, u will get back.. baik kau beri, baik la kau dapat. ingat.! perjalanan hidup kau jauhhhhh lagi.. mungkin satu hari nanti kau pun akan jadi boss.. kau nak anak buah yang tak berkualiti?? yang malas?? benda yang kau taknak, kau jangan buat kat orang..
KEEMPAT, sentiasa ulang balik kesimpulan pertama, kedua dan ketiga supaya kau tak lupa untuk jadi manusia yang selalu positive.. hehehe..


hokey sekian coretan panjang lebar aku..
nak kongsi masalah dengan aku?? meh whatsapp.. aku bersedia memberi khidmat..
Siti noratiqah hassan 017-753-0964


Latihan Industri, Penting ke???

Nota untuk junior:
Latihan industri /praktikal..
Siapa rasa dia nak pi praktikal tak lama lagi, sila baca sampai habis..


Sesi luahan perasaan dengan bff..
Masing-masing mengadu masalah masing2..
Bila tanya stress tak, masing2 hanya mampu gelak.. Hahahahaha.. 


Sekarang rasa latihan industri tu sangat penting.. Peluang tu sangat berharga.. Korang2 yang nak pi latihan tu, cari tempat yang betul and buat kerja betul-betul.. Kalau dapat cari tempat praktikal yang betul-betul dalam bidang korang lagi bagus.. Kecuali kalau memang dah terdesak tak dapat tempat laa.


Ada tempat memang majikan tak peduli pun kat korang.. Sebab diorang anggap student praktikal ni macam KERANI je, HELPER je.. Sebab tu korang tak banyak belajar benda baru.. korang cuma dapat PENGALAMAN BEKERJA je.. Ade tempat pulak, memang diorang ajar kau kerja2 sepatutnya.. Train giler2 sampai kau nak muntah.. Dan diorang bayar gaji kau.. Sebab diorang nak hire kau bila kau habis belajar.. (interviewers yang kata masa aku apply LI dulu).


Sebab tu jangan ambil remeh je benda-benda praktikal ni.. Belajar betul-betul masa latihan.. Awal-awal pi survey tempat praktikal yang awesome..
TAPI..!!
Sekirnya tak dapat tempat praktikal yang baik atau dalam bidang korang,
JANGAN MENYESAL..! 
JANGAN MENANGIS..!
JANGAN MENGELUH..!
BERSYUKURLAH..!
sebab setiap sesuatu tu pasti ada hikmahnya.. percayalah..!


Sebab aku dah merasa.. Dulu, lagi seminggu nak praktikal baru aku dapat tempat.. Tu pun atas belas ihsan opis aku la.. Memang tak banyak benda aku belajar.. Tapi aku tak menyesal laa practical kat situ. Sebab lepas tu bos aku panggil aku kerja sambilan kat situ ngam2 lepas habis presentation final projek.. so aku tak sempat menganggur masa tu.. (alhamdulillah)..
Jumm baca kisah aku masa praktikal..


menceritakan pengalaman aku, masa praktikal, tak banyak yang aku belajar.. tapi ada lah jugak pengalaman baru.. sampaikan masa tuh, aku kata dengan diri aku, aku takkan mintak kerja kat sini, takkan kerja dekat sektor kerajaan.. sebab tak ada kerja.. semua orang mengular je.. semua makan gaji buta.. masa tu supervisor aku lelaki.. dan dia banyak main game je dalam office.. bagi aku kerja, tapi tak guide.. dan aku yang masih baru dengan zero pengetahuan pasal pertanian, memang tak tahu laa nak buat kerja..2 minggu sebelum habis praktikal, tukar supervisor.. perempuan.. biasa lahh, boss perempuan kan cerewet sikit.. so banyak la jugak kerja-kerja dia bagi.. menghabiskan sisa-sisa kerja dengan sikit ilmu yang dia bagi..
(hey, nota-nota masa praktikal pun aku masih simpan tau.!)

point aku untuk korang ialah,
PERTAMA, usaha dulu baru berserah.. nak praktikal, usaha cari tempat yang best dan banyak ilmu.. survey dengan senior.. mintak pendapat mak ayah, lecturer..
KEDUA, dapat tempat yang macam mana sekalipun, bersyukurlah.. guna peluang yang ada untuk cari ilmu baru.. takde kerja?? mintak dengan bos.. sebab tu tempat kau cari ilmu.. so korek habis-habisan..
KETIGA, disamping belajar buat kerja baru, belajar jugak teknik pengurusan stress.. sebab nanti masa kau kerja betul-betul, siap sedia la nak kena maki, kena hembus, kena marah dan sebagainya.. tu belum lagi bos tempat kerja mengumpat kau sebab tak pandai buat kerja.. hahaha.. itu perkara biasa.. kau telan je.. sebab kau memang fresh graduate dan kau memang tak tahu.. so telan dan belajar..
KEEMPAT, jadi seperti burung helang.. yang tajam matanya.. kau perhatikan selalu environmen kau bekerja.. pekerja-pekerja lain.. mana yang baik, kau ikut.. mana yang tak baik, jangan ikut.. kalau kau nampak orang lain main game masa bekerja, JANGAN IKUT..!
KELIMA, cari lah rezeki yang HALAL.. gaji nak belanja perut sendiri, perut mak ayah.. sanggup kau bagi hasil haram kat orang-orang kesayangan?? fikir..


Last but not least.. sentiasa berusaha untuk maju ke depan dan selalu ingatkan diri untuk jadi orang yang positive, proaktif, kreatif dan inovatif..
Nak dengar kisah aku SELEPAS PRAKTIKAL??
nak tahu kisah aku dalam mencari setitis ilmu??
nak tahu macam mana aku mulakan alam pekerjaan selepas habis belajar??
KLIK SINI..

ok bye.. nak tido.. esok kerja.. tatatatata...
nak share masalah? nak tanya soalan?
meh whatsapp.. siti noratiqah hassan 017-7530964

04 June 2015

La tahzan..!

Assalamualaikum..
jam 2.53am..
masih berjaga..
kenapa??
sebab hati tak tenang..

i have acid rain in my brain..
and it kills the flowers in my heart..
something.. someone.. somewhere.. somehow..
slowly killing me.. softly.. and i'm dying..
they are strong enough to bring me down..


La tahzan..
InnAllaha Ma'ana

Barangkali Allah rindu suara ni menangis..
Barangkali Allah rindu suara ni merayu..
Barangkali Allah rindu suara ni memuji-muji Nya..

Sedih.. memang sedih..
kenapa? 
sebab rasa seperti mainan..yang orang main bila bosan.. 
sebab rasa seperti pen..yang orang guna bila perlu..
sebab rasa seperti makanan..yang orang makan bila lapar..

buang yang keruh, ambil yang jernih..
pernah dengar peribahasa ni??
mesti pernah kann.. ILMU tanpa AMAL, ibarat POKOK yang TIDAK BERBUAH..
jomm amalkan peribahasa ni.. 

betul.. masalah datang bertubi-tubi.. 
mulut manusia kita tak boleh kawal..
mereka bercakap sesuka hati..
mengguris perasaan orang sekeliling..
lebih menyakitkan bila mereka sendiri tidak sedar ada hati yang terguris..
kesian..! bukan pada yang terguris.. tapi pada yang mengguris..
sebab diuji tanpa sedar..
OH,,,i'm sory..mungkin aku juga mengguris tanpa sedar..

BUT..!
things happen with a reason..
things happen with a lesson..

the lesson learned,
words should be handled carefully.. 
they can cut deeply.. it hurts a lot.. 
and the wound may never heal..
the scars remain.. BUT
Believe that Allah can heal the wound..!

the lesson learned,
trust nobody..!
because people always take other people for granted..
people use other people to fulfill their needs.. BUT
Believe that Allah is with us..!

the lesson learned,
no matter how bad people treat you, 
never let yourself drop down to their level.!!
Just know,
you are better and walk away..

the lesson learned,
let your smile change people..
but dont let people change your smile..
appreciate others.. live happily..