Assalamualaikum, salam 10 malam akhir untuk ramadan 2015..
Lama rasanya jari tak berjoget disini, di ruangan ini..
Entri kali ini, nak kongsikan kisah Syukur yang sangat memberi kesan dalam hidup aku..
Habis belajar pada Jun 2014.. Officially graduate pada Nov 2014.
Job Hunting bermula lepas habis belajar..
Minta macam-macam kerja.. Tapi belum ada rezeki sangkut mana-mana..
sampai aku doa,
"ya Allah, beri aku peluang untuk dapat kerja lebih baik.. beri aku peluang untuk bantu ringankan tanggungan mak ayah aku.. beri aku kerja yang gembirakan mak ayah aku.. beri aku kerja yang mampu memenuhi keperluan dan kehendak aku dan mak ayah aku.. beri aku peluang untuk hadir temuduga.. sekurang-kurangnya aku bole cuba buat yang terbaik"
Hari berganti hari, Bulan berganti bulan..
Satu pun kerja tak sangkut.. jangan kata tawaran kerja, tawaran interview pun tak ada.
Maka aku masih meneruskan kerja part time di Lembaga Nanas..
Boleh la buat tambah-tambah duit poket.
Hari-hari kerja, merungut.. Bos itu, bos ini.. kerja itu, kerja ini..
B.O.S.A.N
Mungkin itu ungkapan paling sesuai.. haha.. kesian..
*****************************
8 Julai 2015 (Situasi 1)
*****************************
Semalam, minta tolong mak ayah ambilkan borang jawatan kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Balik dari ambil borang, mak cerita;
Mak: tadi ada budak perempuan ambil borang jugak. budak Kluang.
Me: urmm,jauh tuh dari Kluang sanggup datang JB.. (borang hanya boleh didapati di pejabat SUKJ)
Mak: mak tanya, minta kerja ke.. dia kata, dah setahun menganggur..
Me: (speechless)
Astaghfirullah.. aku kufur nikmat selama ni..
Allah beri aku kerja ngam-ngam lepas tamat presentation final projek..
walaupun hanya kerja sambilan, sekurang-kurangnya aku tak menganggur seperti budak perempuan tadi.. hokey insaff..
Aku belajar BERSYUKUR.. pergi kerja harini dengan semangat baru.
Buat kerja dengan senyuman tanpa rungutan.. bos suruh pergi syarikat printing settle kan proofread buku banci pun aku pergi.. terpaksa ulang alik 2 kali pun aku pergi..
Sebab aku nak jadi insan yang lebih bersyukur.. taknak merungut apa-apa..
****************************
8 Julai 2015 (Situasi 2)
****************************
Sebelum tido malam tadi, mak bagi duit suruh beli alas kaki.
mak bagi rm50..
aku pulang balik, suruh mak beri pada ayah..
bayar zakat fitrah..
Sebab mak kata, ayah belum ada duit nak bayar zakat..
Kemudian mak tanya aku;
mak: Bayar untuk ude je ke?
Me: eh, bayar untuk semua laa.. mak ayah n adik-adik.
Bukan nak menunjuk yang aku ada duit.. gaji aku pun rm1000 je..
dapat bonus raya rm500.. adalah rm1500..
tapi aku rasa tanggungjawab aku untuk bantu mak ayah aku..
besar atau kecik tu bukan ukuran.. yang penting, tu mak ayah kita..
Kita kena bantu kalau mereka tak mampu..
Balik kerja, singgah mydin beli barang rumah..
Aku belajar BERSEDEKAH..
***********************
9 Julai 2015
***********************
Hari ini, pukul 3.15 petang, sedang aku sibuk-sibuk di office, beeppp...
masuk satu email..
PANGGILAN TEMUDUGA XXX
ehhh..!!
betul ke ni??
Sekian lama aku tunggu panggilan macam ni..
Sebab aku dah janji nak perform masa interview..
Dapat tak dapat tu tolak tepi..
Yang penting, Allah beri peluang untuk pergi interview..
Tempat: Putrajaya
alaaa, jauhnya..
ehh,, merungut tu tak bersyukur..
hokey, syukurr..
sekarang plan perjalanan.. nak pergi naik ape??
share surat ni pada bestie..
tetiba, sorang kawan kata;
"tiqah, aku pun ada interview kat Putrajaya hari isnin.. nak pergi saing tak??"
MasyaAllah, hebat peraturan Allah..
diberi kita rezeki, diberi juga jalan untuk capai rezeki tuh..
************************
KESIMPULAN
************************
harini aku belajar 2 perkara..
the power of SYUKUR..!
the power of SEDEKAH..!
sebab Allah janjikan rezeki untuk mereka yang selalu bersyukur..
Allah janji akan beri lebih lagi pada mereka yang memberi..
Sekian, Contengan untuk malam ini..
Semoga bermanfaat..
yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan..
notakaki: psssttt.. doakan aku untuk interview 13 Julai ni.. hehehe..



