Nampak tak tajuk, madu atau racun?
fikiran kita ni ada kalanya boleh jadi MADU,
ada kalanya boleh jadi RACUN..
jadi ,,
FIKIR YANG BAIK-BAIK,
MINTA YANG BAIK-BAIK,
SEBUT YANG BAIK-BAIK
insyaAllah dapat yang baik-baik.
"MINDSET"
Sebelum si ayah menghembuskan nafas terakhir,
dia memberi pesanan kepada kedua anaknya :
“Anakku, ada dua pesanan penting yang ingin ayah sampaikan kepadamu untuk keberhasilan hidupmu”
“Pertama : Jangan sesekali menagih hutang daripada sesiapa pun”
“Kedua : Jangan sesekali tubuhmu terkena terik matahari secara langsung”
5 TAHUN BERLALU:
Sang ibu menjenguk anak sulungnya
dengan kedudukan perniagaannya yg sgt mendukacitakan.
Si ibu pun bertanya “Wahai anak sulungku kenapa kedudukan perniagaanmu demikian?”.
Si sulung menjawab : “Saya mengikuti pesan ayah bu…
Saya dilarang menagih hutang drpd siapapun sehingga banyak hutang yang tidak dibayar dan lama²
habislah modal saya..
Pesan yang kedua ayah melarang saya terkena sinar matahari secara langsung
dan saya hanya hanya ada sebuah motorsikal,
itulah sebabnya pergi dan pulang kerja saya selalu naik teksi”.
Kemudian sang ibu pergi ke tempat si bongsu yang keadaannya berbeda jauh.
Si bongsu Berjaya dengan Cemerlang menjalankan perniagaannya.
Si ibu pun bertanya “Wahai anak bongsuku, hidupmu
sedemikian berjaya, apa rahsianya…?”
Si bongsu menjawab : “Ini kerana saya mengikuti
pesan ayah bu..
Pesan yang pertama saya dilarang
menagih hutang kepada siapapun. Oleh karena itu
saya tidak pernah memberikan hutang kepada siapapun
sehingga modal saya tetap kukuh”.
“Pesan kedua saya dilarang terkena sinar matahari
secara langsung, maka dengan motorsikal yang saya ada
saya selalu bergerak sebelum matahari terbit dan
pulang setelah matahari terbenam, sehingga para
pelanggan tahu kedai saya buka lebih awal dan tutup
lebih lewat”.
PERHATIAN!
Si Sulung dan Si Bongsu menerima pesan yang SAMA,
namun masing² memiliki penafsiran dan sudut pandang
atau MINDSET berbeza.
Mereka MELAKUKAN cara yang berbeza sehingga mendapatkan HASIL yang berbeza
pula.
Hati² lah dengan Mindset kita..
Mindset positif memberi hasil menakjubkan, sebaliknya
mindset negatif memberikan hasil menghancurkan.
Think positif .....
The choice is yours..!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment